Rabu, 5 September 2012

Gerakan bebas partisan?

Hari ini ada atau tidak gerakan politik kampus yang bebas daripada kecondongan parti? Ia mungkin merancakkan lagi ragam politik kampus yang sudah berdekad-dekad dikuasai gerakan yang pro parti politik.

Sekiranya ada, dan gerakan ini dilihat kuat, nescaya parti-parti politik akan gerun pada kumpulan siswa.

Di luar kampus, gerakan sivil yang kuat pun tetap merupakan alat politik kepada parti. Seandainya terdapat kumpulan siswa yang keluar dari kepompong ini - dengan gerakan yang tersusun dan berkesan - maka bolehlah dijangka ia akan menjadi perintis kepada budaya baru beraktivis di Malaysia.

Nama kumpulan seperti Pro Mahasiswa, amat bertentangan dengan maksud gerakannya. Tetap dengan peranan mereka sebagai wakil parti politik di kampus, bukanlah wakil siswa. Sayang sekali kalangan mereka lebih ramai yang memiliki pemikiran kritis dan serius, akhirnya terbantut akibat projek indoktrinasi tuan-tuan politik mereka.

Demikian kumpulan lawannya. Kadang-kadang segilintir yang perasan elit dan lagaknya seperti menteri itu, hanya tahu mengitar semula apa yang diucapkan oleh tuan politiknya - bahkan untuk menterjemahkan idea politiknya pun akhirnya kegagapan.

Kita mengajak siswa supaya beraktivis dalam ruang sendiri, budaya baharu yang lebih bersih (huruf b kecil) dan diharapkan menjadi agen perubahan.


Tiada ulasan: