Jumaat, 23 Disember 2011

BEBAS: Kebebasan akademik atau kebebasan politik? (iii)

Sambungan siri (i) dan (ii)

11 Julai 2006, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama-sama Datin Seri Wan Azizah, Tian Chua dan beberapa NGO seperti Asian Student Assosiation (ASA), Suaram dan Hakam mengadakan perbincangan Proposal Pemansuhan AUKU.

25 Jun 2008, Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dilaporkan mencadangkan akta alternatif bagi menggantikan AUKU, disebut sebagai Piagam Agung untuk Akta Mahasiswa 2008 (foto kiri).

Dua gerak kerja pemansuhan AUKU ini merupakan antara yang melibatkan usaha pragmatik kumpulan terbabit, dibandingkan berpuluh-puluh gerak kerja lain yang lebih menonjolkan retorik dan cita-cita politik.

Kita tidak bersetuju AUKU dimansuhkan kerana tuntutan yang dibuat mereka hanyalah menyentuh sebahagian kecil seksyen (termasuk subseksyennya) daripada puluhan yang lain, iaitu hal kebebasan.

(iii) Tuntutan ke-3: Bebaskan Mahasiswa Bersuara dan Tuntutan ke-6: Bebaskan Mahasiswa Berpartisipasi dalam Politik.


Kita ingin buktikan terlebih dahulu bahawa seksyen 15 AUKU, Kaedah Tatatertib Universiti dan penguatkuasaanya terlalu longgar untuk menyekat kebebasan bersuara dan penglibatan pelajar dalam politik.  Perbahasan ini pada kemudiannya akan menunjukkan bahawa usaha memansuhkan AUKU dan tuntutan BEBAS hanyalah sekadar alat dan alasan berkepentingan politik.


Pertama, sekatan pada seksyen 15(1) dan (2) bukanlah mandatori, kerana ia melibatkan budi bicara Naib Canselor. Mengikut tertib, yang perlu diheret terlebih dahulu ialah Naib Canselor, bukanlah akta ini.

Kedua, dakwaan tiada kebebasan dan  pelajar benar-benar disekat (digambarkan dengan terlalu zalim - 'akta drakonian') adalah tidak tepat. Kita boleh perhatikan kegiatan pelajar dalam blog dan laman sosial, jelas memperlihatkan betapa seksyen 15 ini tidak mampu dikuat kuasa. Sesiapa sahaja boleh menyatakan sokongan atau bantahan pada parti politik.

Ketiga, dua contoh gerak kerja di atas (mansuh AUKU) dan ratusan gerak kerja yang lain membuktikan bahawa dakwaan 'culture of fear' di universiti sudah tidak relevan. Penglibatan dengan parti politik, termasuklah pemimpinnya dalam gerakan pelajar ini semakin terang-terangan.

Malah, kita tidak boleh lupa bagaimana kebebasan milik universiti (dan autonominya) digugat apabila politikus mencampuri hal ehwal universiti dengan berdemonstrasi di kawasan kampus. Misalnya beberapa tahun lalu di UPM, politikus DAP seperti Loke Siew Fook, Teng Chang Kim, Ronnie Liu dan beberapa yang lain turut berdemonstrasi di dalam kampus tersebut.

Keempat, penglibatan pelajar dalam aktiviti politik, misalnya berkempen untuk pilihan raya pada skala yang kecil berlaku dengan berleluasa. Tak pasti pula kalau ada yang telah disabitkan hukuman. Kita cuma dengar didakwa - itupun ada antara kes mereka ditahan sebab melanggar Akta Pilihanraya (sebar bahan kempen yang tiada ownership).

Barangkali yang dituntut mereka ialah pada skala besar, iaitu pelajar bebas berparti, bertanding, berkempen di kampus. Ini kerana terkesan dengan gerakan pelajar pada 60-an, yang ketika itu berjaya menganjurkan belasan siri rapat umum di peringkat nasional.

Mungkin atas semangat itu, 7 Januari 2008, kumpulan pelajar SMM, GAMIS dan BBMN (nama banyak, anggota sama!) berdemonstrasi di bangunan SPR yang salah satu agendanya untuk menubuhkan parti - Parti Mahasiswa Negara (PMN). (Lucu juga sebab SPR tak mendaftarkan parti - maka pada 18 Januari berikutnya barulah mereka ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan).

Catatan ringkas saya tentang parti itu boleh dibaca di sini. Yang mahu ditumpukan ialah, yang mana dikatakan tidak bebas apa kala ia melibatkan pelajar-pelajar yang masih di bawah jurisdiksi AUKU, namun tiada hukuman pun disabitkan ke atas mereka.

(Sebab itulah kita mahu BEBAS ini datang dengan tuntutan yang jelas - adakah kebebasan ini bermaksud dewan-dewan kuliah boleh dijadikan tempat berkempen, pelajar boleh diberi kebebasan tak hadir kuliah sebab nak menjalankan tugas sebagai seorang ahli parlimen (kah kah kah!), ataupun ada pindaan undang-undang bagi memberi kebebasan pelajar menangguh pengajian sebab terpaksa ulang-alik disoal siasat SPRM dek kerana merasuah pelajar lain dalam pemilihan parti).

Kelima, betapa longgarnya AUKU dan kuatkuasanya, kes-kes yang melibatkan jenayah Kanun Keseksaan dalam acara kebebasan bersuara ini telah terbukti - misalnya pelajar UM yang terbabit memukul seorang Pegawai HEP pada 20 Januari 2006 di Bangunan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur tiada dikenakan hukuman (dalam satu siri demonstrasi pelajar).

Saya sendiri (ketika itu sebagai pengamal media) pun beberapa bulan selepas kejadian di atas, pernah disamun dan dipukul (sebab marahkan saya wartawan akhbar prokerajaan) oleh gerombolan pelajar universiti dan demonstran PAS dalam satu demonstrasi di Penjara Pudu, Kuala Lumpur - kumpulan pelajar terbabit tidak pun dikenakan dakwaan, apatah lagi tindakan tatatertib universiti, meskipun IPD mempunyai bukti rakaman video.

Yang terbaru di UPM pada 23 Februari lalu, peristiwa dikenali sebagai 23 Feb UPM Black Day, apabila pintu masuk HEP di Bangunan Pentadbiran UPM dipecahkan dan beberapa kakitangan dicederakan, masih tidak ada pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib. Kejadian ini berlaku dalam acara kebebasan berhimpun dan bersuara!

Keenam, setakat mana yang diketahui, berdasarkan Seksyen 15(5) AUKU:
(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi
peruntukan subseksyen (1), (2), (3) atau (4) bersalah atas suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.
tidak lagi kita mendengar ada pelajar yang dipenjarakan di bawah seksyen ini.

Bersambung...

2 ulasan:

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

ica anjasari bogor berkata...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259