Hari ini ada atau tidak gerakan politik kampus yang bebas daripada kecondongan parti? Ia mungkin merancakkan lagi ragam politik kampus yang sudah berdekad-dekad dikuasai gerakan yang pro parti politik.
Sekiranya ada, dan gerakan ini dilihat kuat, nescaya parti-parti politik akan gerun pada kumpulan siswa.
Di luar kampus, gerakan sivil yang kuat pun tetap merupakan alat politik kepada parti. Seandainya terdapat kumpulan siswa yang keluar dari kepompong ini - dengan gerakan yang tersusun dan berkesan - maka bolehlah dijangka ia akan menjadi perintis kepada budaya baru beraktivis di Malaysia.
Nama kumpulan seperti Pro Mahasiswa, amat bertentangan dengan maksud gerakannya. Tetap dengan peranan mereka sebagai wakil parti politik di kampus, bukanlah wakil siswa. Sayang sekali kalangan mereka lebih ramai yang memiliki pemikiran kritis dan serius, akhirnya terbantut akibat projek indoktrinasi tuan-tuan politik mereka.
Demikian kumpulan lawannya. Kadang-kadang segilintir yang perasan elit dan lagaknya seperti menteri itu, hanya tahu mengitar semula apa yang diucapkan oleh tuan politiknya - bahkan untuk menterjemahkan idea politiknya pun akhirnya kegagapan.
Kita mengajak siswa supaya beraktivis dalam ruang sendiri, budaya baharu yang lebih bersih (huruf b kecil) dan diharapkan menjadi agen perubahan.
(Baca selanjutnya...)
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Rabu, 5 September 2012
Khamis, 5 Januari 2012
Siswa, kezaliman dan heroisme
Di China: 15 April 1989, di Tiananmen Square, Beijing, berlaku beberapa siri demonstrasi besar-besaran yang disertai ribuan pelajar dan orang awam yang diakhiri dengan 'perang' menenentang polis dan tentera.
Ia bermula dengan himpunan meratapi kematian Hu Yaobang, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China, kemudian berlanjutan dengan tuntutan reformasi politik, mogok lapar dan protes terhadap pemerintah. Jumlah demonstran akhirnya pada 4 Mei dianggarkan mencecah 100,000 orang - yang pada akhirnya berlanjutan hingga mengheret tentera bertindak keras pada penghujung Mei hingga awal Jun.
Di jalan-jalan raya, pertempuran antara orang awam (bersenjata batu, molotov cocktail) dengan pihak berkuasa berlaku - tembakan berdas-das dilepaskan secara rawak yang akhirnya mengundang ribuan kematian dan kecederaan. Wang Dan (Universiti Peking) antara kepala kumpulan pelajar, dijatuhi hukuman penjara 7 tahun. Beberapa yang lain melarikan diri ke Eropah, Amerika dan negara lain.
Di AS: peristiwa Kent State Massacre, di Kent State University, Ohio - 4 pelajar terbunuh manakala 9 lagi cedera apabila ditembak oleh pasukan Ohio National Guard. Ia bermula pada 1 Mei 1970, apabila sekumpulan 500 pelajar universiti itu berhimpun memprotes tindakan Presiden Nixon menceroboh Kemboja.
Ia berpanjangan sehingga 4 Mei, yang kemuncaknya apabila kumpulan pelajar ini mengherdik pasukan Ohio National Guard dengan 'Pigs off campus' yang cuba menyuraikan protes - yang akhirnya tembakan dilepaskan secara rawak.
(Baca selanjutnya...)
Selasa, 9 September 2008
Parti Mahasiswa Negara
Sekitar April hingga Mei 1969, nama mahasiswa seperti Syed Hamid Ali, Rustam A. Sani, Yoong Suan dan Khong Kim Hoong agak popular berikutan penglibatan mereka dalam pilihan raya umum.
Khabarnya, 13 rapat umum berjaya dianjurkan di serata tanah air, dengan jumlah penonton seramai kira-kira 100,000!
Syed Hamid sendiri merupakan Ketua Umum Partai Rakyat Cawangan Pantai. Bagaimanapun, beliau mula dipandang sangsi kerana dikatakan telah bekerjasama memohon permit Perarakan Mayat (disahkan oleh KDN dan Polis Selangor) - seterusnya dituduh menjadi dalang peristiwa 13 Mei.
Akta Universiti dan Kolej Universiti kemudiannya digubal pada 1971.
Empat dekad selepas itu, satu kumpulan pelajar dari pertubuhan Gamis telah mengeluarkan kenyataan akan menubuhkan sebuah parti politik baru, Parti Mahasiswa Negara (PNM).
Nah, luar biasa bukan? Semalam mereka berhimpun di hadapan bangunan SPR, Putrajaya. Laporan berkaitan ada di sini, sini,
Kata jurucakapnya, Meor Isfandi Meor Azizan (Ketua Unit Politik Gamis UIAM, Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Anti Murtad), Kerajaan dan PAS umpama badut yang bertelingkah sesama sendiri, sedangkan rakyat terus tertindas.
Blogger laman Dengan Izin, dalam tulisan berkaitan menyelar usaha mereka yang kelihatan kabur. Antaranya:
Seorang lagi blogger, Najwan Halimi dalam tulisannya turut mempersoalkan kecelaruan pendirian parti itu.
Komentar di MalaysiaKini juga nampaknya tidak bersetuju dengan penubuhan parti itu. Lihat video ini dan komen-komen di laman ini, klik pada tajuk Students to contest in general election. Antaranya:
Dan lagi, PMN kata, mereka akan berdaftar dengan RoS pada minggu depan. Sekarang, proses merekut ahli. Dalam video MalaysiaKini, jurucakap PMN Fatimah Ali berkata jumlah calon yang bakal bertanding adalah rahsia buat ketika ini.
"Kami akan umumkan pada kongres akan datang," katanya.
(akalmuda.blogspot.com, 8 Januari 2008)

Gamis sendiri menjalani kaderisasi secara langsung dan tidak langsung dari sistem tarbiyah PAS, justeru tidakkah ini menggambarkan bahawa PMN sendiri bersedia untuk ‘membadutkan’ diri dalam landskap politik Malaysia, sebagaimana yang dihambur oleh mereka ke arah PAS.Tulisan penuh boleh dicapai di sini.
Seorang lagi blogger, Najwan Halimi dalam tulisannya turut mempersoalkan kecelaruan pendirian parti itu.
Ketika mengumumkan penubuhan PMN, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sanggup disanggah tetapi ketika ditanya tentang calon yang bakal diketengahkan dalam pilihanraya maka AUKU pula jadi pertimbangan. Kenapa tidak diletakkan saja mahasiswa yang masih menuntut sebagai calon jika benar PMN serius untuk membawa nama "mahasiswa" ke kancah politik nasional?Lihat di sini.
Komentar di MalaysiaKini juga nampaknya tidak bersetuju dengan penubuhan parti itu. Lihat video ini dan komen-komen di laman ini, klik pada tajuk Students to contest in general election. Antaranya:
Commented by John on Monday, 7 January 2008Sehingga kini (saya menulis), Harakah masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung penubuhan PMN.
If ROS accept them, then perhaps it is high time that Christians also should form own their political party!
Dan lagi, PMN kata, mereka akan berdaftar dengan RoS pada minggu depan. Sekarang, proses merekut ahli. Dalam video MalaysiaKini, jurucakap PMN Fatimah Ali berkata jumlah calon yang bakal bertanding adalah rahsia buat ketika ini.
"Kami akan umumkan pada kongres akan datang," katanya.
(akalmuda.blogspot.com, 8 Januari 2008)
(Baca selanjutnya...)
Labels:
Politik
Langgan:
Catatan (Atom)