Sabtu, 7 Januari 2012

Era baru aktivisme pelajar

Aman Ali dan Bassam Tariq, dua anak muda Muslim di AS yang merantau ke 30 buah masjid di negara itu selama 30 hari dalam kempen menentang Islamofobia. Aktivisme seperti ini tidak mengundang rempuhan FRU dan kebencian umum.

Pada 1966, University of California, Los Angeles (UCLA) melalui Higher Education of Research Institute (HERI) menemukan dapatan: 57.8% pelajar bersetuju bahawa penglibatan dalam politik (termasuk piket, perhimpunan, protes) dan ia merupakan orientasi utama dalam aktivisme pelajar (dalam kajian tahunannya ke atas pelajar baru universiti-universiti di Amerika Syarikat).

Lebih 30 tahun kemudian, UCLA pada 1997 melaporkan kajian tahunan yang sama dan mendapati: 26.7% sahaja yang bersetuju.

Pada 2010, kajian yang sama menampakkan unjuran yang semakin merosot. Hanya 6% daripada kalangan pelajar di Amerika Syarikat berpendapat bahawa pelajar perlu terlibat dalam protes atau demonstrasi politik.

Persoalannya, adakah mereka ini semakin lesu dan tidak lagi layak diangkat sebagai aktivis pelajar? Adakah pelajar-pelajar ini ditekan teruk oleh pemerintah sehingga hidup dalam ketakutan? Adakah mereka sudah terkena tempias AUKU yang merupakan akta paling zalim dalam sejarah ketamadunan manusia itu?
(Baca selanjutnya...)

Khamis, 5 Januari 2012

Siswa, kezaliman dan heroisme



Di China: 15 April 1989, di Tiananmen Square, Beijing, berlaku beberapa siri demonstrasi besar-besaran yang disertai ribuan pelajar dan orang awam yang diakhiri dengan 'perang' menenentang polis dan tentera.

Ia bermula dengan himpunan meratapi kematian Hu Yaobang, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China, kemudian berlanjutan dengan tuntutan reformasi politik, mogok lapar dan protes terhadap pemerintah. Jumlah demonstran akhirnya pada 4 Mei dianggarkan mencecah 100,000 orang - yang pada akhirnya berlanjutan hingga mengheret tentera bertindak keras pada penghujung Mei hingga awal Jun.

Di jalan-jalan raya, pertempuran antara orang awam (bersenjata batu, molotov cocktail) dengan pihak berkuasa berlaku - tembakan berdas-das dilepaskan secara rawak yang akhirnya mengundang ribuan kematian dan kecederaan. Wang Dan (Universiti Peking) antara kepala kumpulan pelajar, dijatuhi hukuman penjara 7 tahun. Beberapa yang lain melarikan diri ke Eropah, Amerika dan negara lain.

Di AS: peristiwa Kent State Massacre, di Kent State University, Ohio - 4 pelajar terbunuh manakala 9 lagi cedera apabila ditembak oleh pasukan Ohio National Guard. Ia bermula pada 1 Mei 1970, apabila sekumpulan 500 pelajar universiti itu berhimpun memprotes tindakan Presiden Nixon menceroboh Kemboja.

Ia berpanjangan sehingga 4 Mei, yang kemuncaknya apabila kumpulan pelajar ini mengherdik pasukan Ohio National Guard dengan 'Pigs off campus' yang cuba menyuraikan protes - yang akhirnya tembakan dilepaskan secara rawak.
(Baca selanjutnya...)

Rabu, 4 Januari 2012

BEBAS: Kebebasan Akademik atau Kebebasan Politik? (siri akhir)

Sambungan siri (i), (ii) dan (iii)


Kita sudah membahaskan beberapa isi yang menunjukkan:
i) Betapa mungkin AUKU ini tidak difahami secara keseluruhannya
ii) Bidasan terhadap tuntutan mansuh AUKU yang hanya berhujahkan hal kebebasan
iii) Betapa longgarnya AUKU dan kuatkuasanya
iv) Bidasan terhadap kesungguhan BEBAS dan tuntutannya

Yang semua ini akhirnya menunjukkan bahawa kebebasan yang dituntut oleh BEBAS bukanlah sejujurnya 6 tuntutan itu, sebaliknya ia lebih berkepentingan politik.

Dalam 6 tuntutannya, tuntutan yang ke-2: bebaskan ilmuan berakademik adalah yang paling mustahak. Ini teras sebenar dalam kebebasan akademik, seyogianya.

Tuntutan bebaskan ilmuan berakademik sepatutnya wajib diperhalusi terlebih dahulu sebelum beria-ia mahu memilih untuk berbaring di atas jalan raya atau berkonfrontasi dengan pihak polis.

Banyak soalan kita boleh tanyakan:

i) Batas apakah yang dikenakan ke atas para ilmuan untuk berakademik dan yang mana hendak dihapuskan?

BEBAS tidak menjelaskan, atau setidaknya menyenaraikan yang manakah menjadi kekangan akademik universiti. Mungkin batas undang-undang seperti yang tertakluk dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan - seperti disekat undang-undang anti subversif, menyentuh sensitiviti kaum, membangkitkan kebencian terhadap YDPA dan lain-lain. Adakah BEBAS menuntut perlunya imuniti terhadap kegiatan akademik universiti daripada tertakluk di bawah juridiksi seperti itu?
(Baca selanjutnya...)