Khamis, 5 Januari 2012

Siswa, kezaliman dan heroisme



Di China: 15 April 1989, di Tiananmen Square, Beijing, berlaku beberapa siri demonstrasi besar-besaran yang disertai ribuan pelajar dan orang awam yang diakhiri dengan 'perang' menenentang polis dan tentera.

Ia bermula dengan himpunan meratapi kematian Hu Yaobang, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China, kemudian berlanjutan dengan tuntutan reformasi politik, mogok lapar dan protes terhadap pemerintah. Jumlah demonstran akhirnya pada 4 Mei dianggarkan mencecah 100,000 orang - yang pada akhirnya berlanjutan hingga mengheret tentera bertindak keras pada penghujung Mei hingga awal Jun.

Di jalan-jalan raya, pertempuran antara orang awam (bersenjata batu, molotov cocktail) dengan pihak berkuasa berlaku - tembakan berdas-das dilepaskan secara rawak yang akhirnya mengundang ribuan kematian dan kecederaan. Wang Dan (Universiti Peking) antara kepala kumpulan pelajar, dijatuhi hukuman penjara 7 tahun. Beberapa yang lain melarikan diri ke Eropah, Amerika dan negara lain.

Di AS: peristiwa Kent State Massacre, di Kent State University, Ohio - 4 pelajar terbunuh manakala 9 lagi cedera apabila ditembak oleh pasukan Ohio National Guard. Ia bermula pada 1 Mei 1970, apabila sekumpulan 500 pelajar universiti itu berhimpun memprotes tindakan Presiden Nixon menceroboh Kemboja.

Ia berpanjangan sehingga 4 Mei, yang kemuncaknya apabila kumpulan pelajar ini mengherdik pasukan Ohio National Guard dengan 'Pigs off campus' yang cuba menyuraikan protes - yang akhirnya tembakan dilepaskan secara rawak.


Di Mexico: Tlatelolco Massacre, peristiwa 2 Oktober 1968 yang melibatkan kekerasan pihak berkuasa Mexico menyuraikan protes pelajar (dan orang awam) di ibu kota negara itu - sehingga melibatkan kematian ratusan orang.


Di Thailand: Thammasat University Massacre, peristiwa serangan ke atas pelajar yang berdemonstrasi (menentang bekas Panglima Tentera Thanom Kittikachorn) sehingga mengundang kematian seramai 64 demonstran. Ini berlaku pada 6 Oktober 1976.

Peristiwa di atas merupakan sebahagian daripada kes kekasaran yang berlaku ke atas pelajar yang berdemonstrasi sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah. Kita ada banyak lagi contoh di atas, misalnya di Mesir (2001), Orangeburg Massacre (South Carolina, 1968), Rangoon University (1972) dan banyak lagi.

Dan, pasca peristiwa di atas:

i) Berlaku lagi gelombang demonstrasi yang berlanjutan
ii) Gerakan ini mendapat sokongan postif orang awam
iii) Kumpulan pelajar diangkat sebagai hero awam

Di Malaysia: Tidak ada satu peristiwa berdarah berlaku ke atas pelajar, yang wajar diangkat setara kezalimannya berbanding peristiwa di atas. Belum ada pihak berkuasa di negara kita yang melepaskan tembakan peluru hidup ke atas pelajar, dipukul sehingga lunyai, cedera parah dek dikerjakan anggota seragam ini berbanding persitiwa di atas.

Bahkan tidak ada tekanan sehebat yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia, dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah mereka.

Halnya begini, gerakan pelajar propembangkang di Malaysia sangat terpengaruh untuk mempraktikkan kaedah yang sama - ingin menentang kezaliman. Namun, sayang sekali, polanya jauh berbeza:

i) Demonstrasi lanjutan: Kes Adam Adli (tekanan tatatertib) amat jauh berbeza untuk dibandingkan dengan pembunuhan dalam peristiwa-peristiwa di atas. Protes di UPSI pada malam tahun baru, sebagai lanjutan kisah Adam, bahkan tidak setimpal dengan keperluannya.

Ini soal yang perlu diperhatikan. Kezaliman yang berlaku di Tiananmen Square misalnya, adalah tulen dan selayaknya disabitkan sebagai kejam (tembakan peluru hidup). Manakala kecederaan yang berlaku di UPSI adalah tidak tulen kezalimannya, kerana ia retorik, dibuat-buat dan jelas politikalnya (panjat pagar, pecah pintu).

Rekod mereka juga pernah tercalar dengan peristiwa pecah pintu di UPM pada 23 Februari 2011 yang mengundang tempelak banyak pihak.

Malah kita dapat perhatikan, mereka tagihkan 'kezaliman', sengaja mengundang kemarahan pihak berkuasa bagi tujuan politik (agar polis bertindak kasar), berbanding mencapai tujuan besar yang mereka canangkan. Simpati masyarakat merupakan markah tinggi dalam politik!

ii) Sokongan positif awam: Kumpulan pelajar ini sangat tidak cermat. Pertama mereka mengheret seorang figura politik yang masih popular di kalangan rakyat - Perdana Menteri (bererti berkonfrontasi dengan penyokongnya). Kedua, isu yang dibangkitkan tidak menyentuh keinginan dan keterujaan masyarakat untuk bersama mereka. Ketiga, apa yang dipertontonkan mereka adalah bertentangan dengan norma besar masyarakat (ambil perhatian: adab sopan, terutamanya guru, sangat sentimental untuk kita).

Nyata, tidak ramai yang menyokong, malah mendapat tempelak umum. Sebahagian yang menyokong adalah di kalangan penyokong parti pembangkang. Pun begitu, ia masih mendapat tempelak di kalangan kumpulan ini. Blogger propembangkang bahkan (Ameno World), mengkritik tindakan kumpulan pelajar ini, yang disifatkannya kurang bijak dan emosional.

iii) Hero awam: Apabila sudah tidak mendapat sokongan awam, ini bererti tiada unsur heroism dapat diangkat oleh umum. Seperti dinyatakan, mereka tidak cermat menggerakan usaha selari dengan kehendak awam. Keadaan Malaysia tidak seteruk yang digambarkan - berbeza dengan kes-kes aktivisme pelajar di negara tertentu.

Yang mengangkat mereka hanyalah parti pembangkang, itu pun sebab populariti politik.

Barangkali, dengan mengandaikan kadar penggangguran di kalangan siswazah di Malaysia terlalu teruk - dan gerakan mereka tertumpu pada mendesak kerajaan memperbaikinya - dan akhirnya selesai - mungkin ia memberi pandangan yang berbeza terhadap masyarakat. Atau pun, mungkin demonstrasi menuntut kemerdekaan, atau mungkin demonstrasi memaksa kapitalis menurunkan harga barang.

Malaysia hari ini sebenarnya tidak memberi suasana yang selesa untuk aktivisme berupa radikal ini, memandangkan derita yang dialami rakyat tidaklah seteruk mana. Perlu difahami, kes Tiananmen Square bersangkut dengan derita rakyat dek kegagalan sosialisme China dan autokratik pemerintahnya. Kes Jan Opletal, diangkat sebagai hero kerana dibunuh sebab meraikan tentangan terhadap kezaliman Nazi.

Namun, dek kerana begitu teruja dan dibakar gelojak emosi - maka hal yang sangat kecil kadar 'kezalimannya' dicanang-canang secara berlebihan oleh pelajar kita, dan begitu ketara pula strategi politiknya. Ini kesilapan besar buat mereka yang mahu dianggap hero awam, apatah lagi mengangkat darjat pelajar.

4 ulasan:

Syah Choco berkata...

Bersumber dari Abu Hurairah r.a. : dia berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Peperangan adalah tipu daya" (H.R.Muslim)

Untuk renungan bersama-Orang tidak islam selesa dan aman di negara islam tetapi orang islam tidak aman di negara tidak islam.
- Alangkah cantiknya ISLAM.

FARIZ RAZALI berkata...

dah lama dengar pasal demo kat china sampai kena lenyek dgn kete kebal sebagainya.. tapi tak der fakta lengkap.. terima kasih.. mohon share yek.. I'll credit u..

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

ica anjasari bogor berkata...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259