Aman Ali dan Bassam Tariq, dua anak muda Muslim di AS yang merantau ke 30 buah masjid di negara itu selama 30 hari dalam kempen menentang Islamofobia. Aktivisme seperti ini tidak mengundang rempuhan FRU dan kebencian umum.
Pada 1966, University of California, Los Angeles (UCLA) melalui Higher Education of Research Institute (HERI) menemukan dapatan: 57.8% pelajar bersetuju bahawa penglibatan dalam politik (termasuk piket, perhimpunan, protes) dan ia merupakan orientasi utama dalam aktivisme pelajar (dalam kajian tahunannya ke atas pelajar baru universiti-universiti di Amerika Syarikat).
Lebih 30 tahun kemudian, UCLA pada 1997 melaporkan kajian tahunan yang sama dan mendapati: 26.7% sahaja yang bersetuju.
Pada 2010, kajian yang sama menampakkan unjuran yang semakin merosot. Hanya 6% daripada kalangan pelajar di Amerika Syarikat berpendapat bahawa pelajar perlu terlibat dalam protes atau demonstrasi politik.
Persoalannya, adakah mereka ini semakin lesu dan tidak lagi layak diangkat sebagai aktivis pelajar? Adakah pelajar-pelajar ini ditekan teruk oleh pemerintah sehingga hidup dalam ketakutan? Adakah mereka sudah terkena tempias AUKU yang merupakan akta paling zalim dalam sejarah ketamadunan manusia itu?
(Baca selanjutnya...)








